background

Tuesday, February 25, 2014

Kuah Kacang

Resepi Kuah Kacang Emak Saya

Taken from : http://cherishlovetogether.blogspot.com/2011/11/resepi-kuah-kacang-emak-saya.html



Bahan-bahan:

1/2 kg kacang tanah
10btg (besar) serai dikisar
2 senduk bawang merah yg dikisar
4 ulas bawang putih dikisar
1/2 inci lengkuas dikisar
1 senduk halia yg dikisar
1 btg kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
1 peket udang kering dikisar
1 senduk cili kering yg dikisar
2 sudu besar serbuk kari daging
3 senduk minyak masak
Air asam Jawa secukupnya (2-3 sudu besar bergantung)
Garam secukupnya
Gula secukupnya

Cara-cara

  1. Goreng kacang dengan minyak. Berhati-hati jangan sampai kacang hangit. Nanti kuah kacang pon rasa hangit. Angkat dan toskan minyak. Kemudian tumbuk kacang. Ketepikan.
  2. Tuang minyak dan bila minyak panas tumis bawang, bawang putih, halia, kulit kayu manis & bunga lawang sampai wangi.
  3. Masukkan cili kering dan tumis sehingga pecah minyak.
  4. Tambahkan serbuk kari daging dan udang kering tumis hingga naik bau.
  5. Masukkan serai dan lengkuas. Kalau terlalu kering, campur sedikit air. Kacau.
  6. Masukkan air asam dan masak sekejap.
  7. Kemudian masukkan kacang dan tambah air dalam 1/2 jag. Kacau.
  8. Api sederhana dan kacau selalu untuk elak kacang hangus.
  9. Bila air/kuah semakin kering separuh tambahkan gula dan air sedikit. Masak lagi.
  10. Api kecil dan tambah garam secukupnya.
  11. Bila kuah dan pekat rasa manis, masin & masam nya seimbang. Siap.

Sunday, February 23, 2014

Tempe Goreng Resepi Mak

Hi, semalam buat tempe goreng..fuhhh sedap. Simple but niceee....

Bahan2 -

1) Tempe (beli yang dibungkus dgn daun pisang, rm1.20, sedap lagi kot dpd yg dalam plastik)
2) Biji ketumbar - dalam 20bijik
3) Bawang putih 3 ulas
4)Garam sikit
5)Pak Aji sikit


Cara2 goreng -

1)Tumbuk bwg putih and bijik ketumbar, gaul2 dengan garam dan pak aji.
2)Keping2 kan tempe
3)Gaulkan bahan2 tumbuk tadi dengan tempe...perap 10-30 minit..
4) Goreng dalam minyak penuh..
5) Siap makan panas2 dengan nasik putih.. yummehhh!!



Friday, February 21, 2014

Talam Suji Mocha

Talam Suji Mocha

Sujimocha
resepi dari mak..kuih ni rasa lebih sedap lepas simpan dalam fridge semalaman..

Created on : 01-10-2007



Bahan-bahan ( talam sederhana (apprx 20 org makan) )

  • ** Bahan Atas**
  • 3 cawan santan pekat
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 3 biji telor
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1 sudu besar mocha paste
  • ** Bahan Bawah**
  • 2 cawan tepung suji
  • 6 cawan santan cair
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecil pewarna kuning
  • 1 cawan gula

Cara-cara

  1. Satukan semua bahan untuk bahagian bawah. Kacau atas api sederhana hingga pekat, jgn sampai keras(edit). Kemudian pindahkan ke dalam loyang. Ratakan. kemudian kukus selama lebih kurang 15 minit (bila tekan dengan tangan, bancuhan tak melekat kat jari).
  2. Sementara itu, sediakan pula bahagian atas. Satukan semua bahan. Tapis. Kemudian Tuang ke dalam loyang (yang dah sedia dengan bahagian bawah tadi). Kukus sehingga masak. (saya lupa nak tengok jam berapa lama saya kukus..tapi lebih kurang sejam)
  3. Tunggu sejuk baru potong & ngap!

Wednesday, February 19, 2014

Resepi Puri

RESEPI MASAKAN MAMAK: PURI

Posted on: Jun 17, 2012
 
 
 
 
 
 
8 Votes

RESEPI PURI
Salam, jangan terkejut dengan resepi, “PURI” atau “POORI” ini. Puri adalah makanan ringan yang berasal dari benua kecil India yang mempunyai sejarah kewujudan yang beribu tahun. Perkataan, “PURI” adalah berasal dari Perkataan Bahasa sanskrit purba, “Purikka”, yang bermaksud “mengisi”. Maka resepi puri ini adalah resepi yang telah berusia beribu tahun lamanya.
Puri sebenarnya adalah makanan ringan yang paling popular waktu sarapan pagi atau pun minum petang paling digemari rakyat negara India, Nepal, Pakistan dan Bangladesh, begitu hebat resepi puri ini. Hidangan Puri adalah makanan dalam kategori roti (goreng) seperti roti Nan, capati atau Roti Prata (canai). Ia dijamu dengan berbagai gulai  atau pun sambal yang istimewa. Di negara Kita, sambal tumis ikan bilis atau pun sambal sardin boleh digunakan sebagai pencicah puri yang amat lazat. Tak perlulah ikut sangat resepi makanan India yang kebanyakan  ’ala vegetarian itu. Kalau makan bersama dengan kari daging cincang masak itam mamak penang yang pekat melekat lagi sedap. Puri di negara ini amat digemari oleh masyarakat keturunan India. Apa yang mamak haji perhatikan puri di restoren-restoren India di negara ini berbeza dengan puri di India. Puri di sini semasa panas  lembut, kembang dan gelembung tetapi bila sejuk ia keras, liat dan menjadi leper seperti roti canai, maka untuk menutup kelemahan dalam menyediakan masakan resepi ini, kebanyakan restoren India,  melembabkan puri supaya lembut dengan melapik dua keping puri diantara dua keping puri diletakan masakan kentang kurang pedas. Maka bentuk puri asal tidak lagi kelihatan. Ramai dari kalangan masyarakat India di negara ini kenal puri yang  yang telah di’sandwich’kan dengan sambal kentang.
RESEPI MASAKAN INDIA: PURI
Resepi ini paling ringkas dan menggunakan bahan masakan yang kosnya paling minima. Untuk peniaga ia memberi keuntungan yang tinggi. Sesiapa yang berminat meniaga di Bazar Ramdhan nanti boleh tambahkan sebagai menu tambahan atau sampingan dalam perniagaan Bazar ramdhan. Jangan lupa cuba dari sekarang mendapatkan resepi yang tepat untuk perniagaan.
Bahan-Bahan yang diperlukan:
  • 2 cawan (cup) tepung gandum.
  • 2 sudu besar (tbsp) minyak masak.
  • 1/4 sudu kecil (tsp) garam.
  • 1 sudu kecil susu tepung (sekiranya anda ingin puri lembut dan berlemak).
  • 1/2 sudu kecil (tsp) gula.
  • Air suam Masukkan secukup untuk membuat doh.
CARA-CARA MEMBUAT DOH:
1.  Masukkan tepung gandum, tepung susu, garam dan gula dalam sebuah bekas. Adunkan semua bahan-bahan ini supaya rata.
2. Masukan sedikit demi sedikit air suam dan uli tepung. Uli tepung sehingga anda mendapat doh seperti doh capati.
3. Biarkan keseluruhan doh tersebut di selimuti kain yang lembab selama 20 minit.
4. Bahagi-bahagikan doh itu beberapa bentuk bebola sama saiz yang berukuran sebiji buah lemon. (saiznya separuh dari saiz bebola roti canai atau capati. Titiskan beberapa   titis minyak masak atas papan peleper (supaya tidak melekat) dan leperkan bentuk bulat bulat yang tebalnya sama ketebalan roti capati. Sekiranya anda tidak mempunyai papan dan kayu peleper (roller), anda boleh uli di atas keratas plastik dengan menggunakan botol bulat yang berbalut dengan plastik. Kalau mampu, dapatkan sebuah set peleper doh tepung yang sangat berguna di dapur anda.
5. Panaskan minyak dalam kuali dan mula goreng puri.Untuk gorengan yang terbaik sila baca tip-tip yang mamak haji berikan.
TIP-TIP UNTUK MENYEDIAKAN PURI YANG TERBAIK:
PURI YANG SEDIA UNTUK GORENG.
Sebelum anda mula membuat puri, sila baca tip-tip mamak haji:
  1. Doh tepung puri yang telah diuli perlu diperam selama 20 minit disalut dengan kain lembab sebelum dikepingkan.
  2. Bila membuat kepingan puri jangan ditindeh satu sama lain. Gorengan puri perlu lakukan satu persatu. Meleperkan puri, gunakan sedikit minyak di atas permukaan papan peleper dari menggunakan tepung untuk mengelakan melekit dipemukaannya.
  3. Ini rahsia membuat puri yang lembut dan mengekalkan gelembung dalam keadaan panas dan sejuk. Semasa mengadunkan tepung gandum tambahkan 1 sudu besar tepung suji bersama dengan tepung gandum. Tepung suji kemampunan mengekalkan gelembung puri .
  4. Minyak gorengan puri perlu panas yang cukupsemasa gorengan. Minyak yang kurang panas akan menyerapkan minyak berlebihan dalam puri. Biasanya minyak panas perlu berada 375 F – 400F. Paras minyak dalam kuali perlu berada 3 inci untuk  puri mudah terapong.
  5. Selepas masukkan puri yang perlu digoreng, beri sedikit tekanan dengan sudip ke atas gelembung pertama yang dihasilkan, supaya gelumbung keseluruhan di perolehi dengan baik. Puri yang baik adalah lembut, begelumbung sempurna dan ringan.
RESEPI ALU GOBI: PENCICAH PURI
Bahan-Bahan:
  • Rebus 5-7   biji ubi kentang sederhana besar, rebus sehingga empuk. Buang air rebusan dan kopek kulit kentang. Potong dadu. Asingkan.
  • 1 biji bawang besar dihiris halus.
  • 2 biji cili hijau dihiris.
  • 2 biji tomato dipotong dadu.
  • 1 sudu kecil (tsp) biji jintan putih.
  • 2 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit.
  • 1 sudu besar (tbsp) serbuk cili.
  • 2 sudu kecil (tsp) serbuk garam masala.
  • 1 sudu kecil (tsp) garam.
  • 3 sudu besar minyak masak.
  • 1 pokok ketumbar. Asingkan batang dan daun. Batang dan daun dihiris halus.
  • 1 sudu besar (tbsp) pes halia bawang putih.
  • 1 cawan kacang campur (frozen) sejuk beku. Direndam dalam air. Ditoskan.
CARA MASAK:
1. Panaskan kuali dan masukan minyak. Bila minyak panas masukan biji jintan putih dan bawang hiris. Bila warna bawang mula bertukar wanrna keperangan, masukkan batang ketumbar.  Sekiranya anda tidak menyukai bau ketumbar boleh gunakan batang dan daun pokok daun sup.
2. Masukkan segera serbuk kunyit, serbuk cili dan garam.
3. Masukkan pes halia bawang putih, dan sebatikan semua rempah menjadikan pes.
4. Masukkan kacang campur dan gaul rata. Bila bau harummula dikeluarkan masukkan ubi kentang rebus dan sebatikan dengan perencah. Masukkan cili hijau an garam masala.  Masukkan tomato dan gaul rata. Masak dalam 2-3 minit saja. Aloo Gobi anda sudah siap.
5. Tutup api dapur dan hidangkan dengan taburkan daun ketumbar yang telah sediakan. Jamulah dengan puri bersama dengan aloo gobi anda. Sekiranya anda tidak menyukai hidangan asli ini anda boleh juga jamu puri anda dengan sambal tumis ikan bils atau pun daging cincang. Bagi mamak haji ia lebih lazat dari menu vegetarian. Selamat mencuba.  Seperti biasa kalau ingin penjelasan lanjut mengenai resepi ini bolehlah e-mail mamak haji : mohd.roslan99@gmail.com. Wassalam.

Tuesday, February 18, 2014

Food Q

Resepi yang nak di try

1) Puri and aloo gobi
2)Karipap
3)Kurma Daging/Ayam
4)Nasik Arab
5)Spaghetti Olio
6)Lasagna
7)Kari Ikan Mak
8)Kari Ayam Mak
9)Laksa
10)Crispy Crab Stick
11)Desert Sagu
12)Kek Coklat Kukus
13)Apam Pisang kukus


the list will be updated time by time...

Baked Pasta



Baked Pasta
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : untuk 4-5 orang makan
  • 2 cawan makaroni  + 1 cawan pasta spirals (direbus ala dente* dan toskan)
  • 150 g minced beef/chicken
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti
  • sedikit sos cili
  • sedikit sos tomato
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar mentega
Sos Putih :
  • 2 cawan susu segar
  • 1 sudu besar mentega
  • sedikit lada sulah
  • 2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 slice cheesedale atau 30 g krim keju
  • sedikit garam dan gula
  • lain-lain : keju parut dan oregano
Cara-cara :
  1. Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. 
  2. Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering. 
  3. Barulah dimasukkan puri tomato atau sos spagetti. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api.
  4. Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Boleh juga letak mushroom jika suka.
  5. Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula. 
  6. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api.
  7. Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih.
  8. Taburkan keju parut dan oregano.
  9. Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C.
* al dente : cooked enuf to be firm but not so soft / tak keras dan tak lembut sgt
**cara merebus pasta : didihkan air bersama sedikit garam dan kemudian barulah dimasukkan pasta. masa memasak lbh kurang 7-9 minit ikut instruction pd bungkusannya. 

The above recipe is copied from the net. My steps were similar.. Here is the pictures..